Bismillahirahmanirahhim

http://dlegendworld.blogspot.com

Friday, March 6, 2009

Kini Januari 2009 telah berlalu??? Apakah pencapaian yang telah kita dapat pada bulan Januari yang lalu??? Apakah perubahan yang telah kita buat??? Adakah kita sudah membuat matlamat 2009 ??? Adakah kita sudah mencapai sebahagian dari matlamat tersebut ??? Apakah kita belum membuat matlamat 2009 ???Hanya kita sahaja yang tahu apa kemahuan kita & apa pencapaian kita???Tepuk dada tanya selera.... Begitu juga dengan perubahan yang telah kita lakukan. Hanya kita, kita dan kita yang akan bertanggungjawab di atas segala tindak tanduk kita!!!!

Sememangnya kehidupan kita ini kita yang kena rancang sendiri,Bukan???Bukan orang lain yang merancang kehidupan kita.Mungkin semasa kita kecil, ibu dan bapa kita yang merancang. Tetapi bila dah besar panjang ni, kitalah yang bertanggungjawab atas kehidupan kita.Ada yang bertanya pada saya. Macam mana nak merancang??? Jawapan saya adalah kita kena merancang kehidupan kita. Kita mulakan perancangan kehidupan dengan mempunyai matlamat kehidupan, tak kiralah samada sebulan, 3bulan. 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun. Kita WAJIB merancang kehidupan kita dengan akal yang di berikan kepada kita. Uppssstt...teringat tentang orang yang suka bercakap “sudah suratan takdir”. Takdir ini sebenarnya kita boleh rancangkan, jika kita mahu. Ada lagi soalan, iaitu “Macam mana nak tahu perancangan itu adalah tepat seperti matlamat ?”. Jawapan saya :- Semasa kita buat perancangan, memang kita yakin yang ianya adalah tepat 100%. Tetapi, sila maklum bahawa takde benda yang “perfect” di dunia ini. Tetapi, jika tiada perancangan dan tindakan, macam mana nak tahu betul atau salah. Di dalam kehidupan, kita akan melalui kejayaan dan kegagalan. Takde orang yang terus berjaya. Pelbagai dugaan dan cabaran yang akan kita tempuh sebelum kita menemui kejayaan. Bacalah buku-buku ataupun cerita-cerita pejuang, usahawan, ahli politik, artis-artis popular dan segala macam-macam orang yang berjaya. Mereka akan mengatakan yang mereka telah menempuh kegagalan sebelum berjaya.Kesimpulannya kita kena ada matlamat, perancangan, taktik dan strategi untuk mendapatkan kehidupan yang kita idam-idamkan. Setiap apa yang kita buat kena ada 4 perkara ini.

>>>>>>279<<<<<<966>>>>>>

My photo
Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, Brunei
Kami bukanlah yang doktor tapi kami ingin membantu anda untuk memperbaiki diri dan insyallah masaalah anda juga.